MEMBONGKAR PEMBANGUNAN SENJATA NUKLEAR ISRAEL
- Brand: Hijjaz Records Publishing
- Product Code: HR111
- Reward Points: 30
- Availability: In Stock
Pembangunan
senjata nuklear bukanlah suatu yang rahsia lagi walaupun rejim Zionis
masih enggan mengakui Israel adalah kuasa nuklear tunggal di rantau
Timur Tengah. Tidak dinafikan bahawa terdapat negara-negara di Timur
Tengah seperti Iraq, Syria dan Iran yang turut membangunkan program
nuklear. Namun sehingga kini negara-negara tersebut masih tidak memiliki
senjata nuklear. Bagi mengekalkan monopoli senjata nuklear di Timur Tengah,
Israel telah terlibat dalam usaha menggagalkan program nuklear Iraq,
Syria dan Iran. Israel telah melancarkan serangan udara, pembunuhan dan
sabotaj demi mengekalkan dominasi senjata nuklear dan menggagalkan
program nuklear negara lain di Timur Tengah. Apakah faktor-faktor yang
menyebabkan Israel membangunkan senjata nuklear? Bagaimanakah Israel
mampu membangunkan reaktor dan senjata nuklear? Adakah Israel telah
menguji senjata nuklearnya? Berapakah pula jumlah senjata nuklear dalam
simpanannya? Adakah cegah rintang nuklear Israel berkesan terhadap
musuh-musuhnya? Adakah wujud perlumbaan senjata pemusnah besar-besaran
di Timur Tengah? Semua persoalan tersebut akan dibongkarkan dalam buku
ini.
TAJUK: MEMBONGKAR PEMBANGUNAN SENJATA NUKLEAR ISRAEL
ISBN: 9789672278580
PENULIS: ZULFIQAR MOHD YUSOF
PENERBIT: HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
MUKA SURAT:228MS (BERWARNA)
TAHUN TERBITAN: 2022
BERAT PENGHANTARAN: 0.6KG