You are using an outdated browser. For a faster, safer browsing experience, upgrade for free today.
RM MYR
  • Your shopping cart is empty!

MENJEJAKI DINASTI FIRAUN

RM38.90 RM35.01
Price in reward points:300

Kerajaan Mesir diperintah selama sekitar tiga ribu tahun oleh puluhan dinasti. Satu dinasti terdiri dari sejumlah Firaun. Para pengkaji sejarah sejauh in itelah berkesimpulan pada dua nama Firaun Ramses II dan anaknya Firaun Maneftah yang hidup pada zaman Nabi Musa AS. Yang pertama memerintah hingga tahun 1212 SM. Mumi atau jasadnya telah diteliti ramai pakar arkeologi termasuk Dr Maurice Bucaille seorang ahli bedah asal Perancis, pada 1975-1976. Nabi Musa AS dipercayai hidup sekitar tahun 1212 SM. Para pengkaji berkeyakinan bahawa Firaun yang memelihara dan membesarkan Nabi Musa di istananya ialah Ramses II. Setelah dewasa dan berdakwah agama tauhid , Nabi Musa dikejar Firaun berikutnya iaitu Maneftah. Kini , jasad kedua-dua Firaun tersebut dapat disaksikan di Muzium Kaherah, Mesir. Ini mengingatkan pada Al-Quran surah Yunus: 92: "Maka pad hari ini , Kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat jadi pengajaran bagi orang-orang yang datang selepasmu, tetapi  kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda (kekuasaan ) Kami." Maneftah ditemui mumianya di Wadi al-Mulk ( Lembah Raja-raja ) daerah Thaba-Luxor, Mesir pada tahun 1896 Masehi dan dibuka pembalut-pembalutnya oleh Eliot Smith seorang Ahli Kaji Purba pada 8 Julai 1907. Firman Allah SWT: "( Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya ), maka Nabi Musa AS memperlihatkan kepada Firaun, mukjizat yang besar." Iaitu mukjizat tongkat dan mukjizat tangan yang putih melepak bagi meyakinkan dakwah yang dibawanya dari Allah SWT. Malangnya keangkuhan Firaun menyebabkan mereka ingkar bahkan menentangnya.



TAJUK: MENJEJAKI DINASTI FIRAUN

ISBN: 9789672278597

PENULIS: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

PENERBIT: HIJJAZ RECORDS PUBLISHING

MUKA SURAT: 252MS (BERWARNA)

TAHUN TERBITAN: 2022

BERAT PENGHANTARAN: 0.6KG

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good