You are using an outdated browser. For a faster, safer browsing experience, upgrade for free today.
RM MYR
  • Your shopping cart is empty!

MEMBONGKAR MISTERI TAMADUN AWAL DUNIA: PANDANG SISI PERADABAN MANUSIA: EROPAH AWAL YUNANI DAN ROM

RM37.90 RM34.11
Price in reward points:300

Yunani dan Rom merupakan dua tamadun terawal yang muncul diBenua Eropah. Muncul seawal tahun 3300SM dan berkembang selama lebih 3 ribu tahun telah menjadikan tamadun in terkenal dalam pensejarahan Dunia Barat Moden. Sejarawan Barat menggelar kedua-dua tamadun tersebut sebagai Pemula aka Tamadun Awal Eropah. Malah walaupun hiatus hampir 1000 tahun berlaku di benua tersebut, namun Barat Moden masih mengagung-agungkan Tamadun Yunani dan Rom sebagai pengasas Tamadun Eropah Moden. Malah, sikap membanggakan bangsa sendiri telah menyebabkan rami sejarawan Barat menggelapkan peranan Tamadun Islam di Benua Eropah yang membawa kepada cahaya aka Renaissance. Tamadun Yunani dan Rom telah mewarnai pensejarahan dunia selari dengan perkembangan tamadun awal di belahan lain dunia seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Kuno dan Huang He serta Tamadun Alam Melayu. Warkah ini cuba menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah politik yang melibatkan kepimpinan dan kawasan bag kedua-dua tamadun tersebut. Seterusnya turut disorot dari sudut perkembangan ekonomi dan sosial. Penulis juga cuba memaparkan pensejarahan Tamadun Yunani dan Rom melalui sudut bukti monumen dan karya ulung yang mash tersisa dan dapat dilihat serta dirujuk pada hari ini. Pelbagai monunen agung mash tersisa walau sudah ribuan tahun termasuklah parthenon, colloseum dan aqueduct. Karya ulung seperti lliad dan Odyssey serta The Histories mash menjadi rujukan sehingga kin. Kegemilangan tamadun tersebut juga merentasi sempadan benua dengan kehebatan tokohnya seperti Zulqarnain, Luqmanul Hakim dan ramai lagi figur hebat yang masih diulang sebut sehingga ke hari ini. Malah sejarah kenabian juga sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada Tamadun Awal Eropah ini terutamanya berkesinambungan daripada Tamadun Rom Timur aka Byzantium.

TAJUK: MEMBONGKAR MISTERI TAMADUN AWAL DUNIA: PANDANG SISI PERADABAN MANUSIA: EROPAH AWAL YUNANI DAN ROM
ISBN: 9789672278559
PENULIS: MUHAMMAD DANIAL RAMLI
PENERBIT: HIJJAZ RECORDS PUBLISHING

MUKA SURAT: 221MS (BERWARNA)

TAHUN TERBITAN: 2022

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good