You are using an outdated browser. For a faster, safer browsing experience, upgrade for free today.
RM MYR
  • Your shopping cart is empty!

HAGIA SOPHIA & KONSPIRASI PENAKLUKAN KONSTANTINOPEL KALI KE - 2

RM37.90 RM34.11
Price in reward points:300
Tags: Sejarah

Buku "HAGIA SOPHIA & KONSPIRASI PENAKLUKAN KONSTANTINOPEL KALI KE - 2" ini ditulis sempena peristiwa pembukaan semual Hagia Sophia oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebagai sebuah masjid pada 10 Julai 2020. Serentak dengan itu, solat Jumaat telah diadakan pada 24 Julai 2020 di Hagia Sophia, yang kini dikenali sebagai Masjid Hagia Sophia. Peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia. Peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia , sebuah gereja Kristian Ortodoks  yang berusia kira-kira 1,500 tahun itu, adalah merupakan satu peristiwa besar bagi umat Islam terhadap penganut Kristian di Eropah yang suatu ketika dahulu amat gah dengan Konstantinopel sebagai pusat kekuasaan Empayar Rom Timur. Walau bagaimanapun, akhirnya Kontantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan sejak itu Kota Konstantinopel telah berubah wajah dan dikenali sebagai Istanbul. Melalui buku ini penulis memperkatakan  tentang bagaimana Erdogan berusaha untuk menjadikan Islam kembali berdaulat di bumi Turki seterusnya berusaha untuk mengembalikan era kegemilangan Daulah Turki Uthmaniyah. Keadaan tersebut menyebabkan musuh-musuh Islam yang sebelum ini telah bersekongkol dengan Mustafa Kamal Atartuk bagi menjatuhkan Kekhilafahan Uthmaniyah, tidak senang duduk dan mula dihantui mimpi silam yang ngeri. Mereka kembali merancang untuk mengahalang daripada berlakunya kebangkitan serta kegemilangan Islam di Turki. Penulis meliha senario yang berlaku sekarang terutama selepas gagalnya usaha untuk menjatuhkan Erdogan dalam percubaan merampas kuasa tentera pada 15 Julai 2016, sebagai bukti bahawa musuh-musuh Islam terutamanya Barat yang diperintah oleh Kristian, tidak akan berdiam diri terhadap peristiwa pembukaan semula Hagia Sophia sebagai sebuah masjid. Hal ini menurut pengarang akan dieksplotasikan musuh-musuh Islam yang akhirnya membawa kejatuhan pemerintahan Turki yang berjiwa Islam sekarang , seperti yang sekali lagi diperkatakan oleh Rasulullah SAW bahawa  "Konstantinopel akan ditawan kembali oleh umat Islam buat kali kedua". Walau bagaimanapun kejatuhan kali kedua Konstantinopel ini penuh mendebarkan kerana ia berlaku serentak dengan kemunculan Dajjal. Untuk mengetahui lebih lanjt tentang perancangan konspirasi musuh-musuh Islam bagi menghalang usaha-usaha untuk kembali mendaulatkan Islam di Turki, sila baca dan miliki buku ini.

TAJUK: HAGIA SOPHIA & KONSPIRASI PENAKLUKAN KONSTANTINOPEL KALI KE - 2

ISBN: 9789672278405

PENULIS: SHAFIE ABDUL RAHMAN

PENERBIT: HIJJAZ RECORDS PUBLISHING


MUKA SURAT: 217MS (BERWARNA)


TAHUN TERBITAN: 2021

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Related Products