MEMBONGKAR RAHSIA HADITH: PERINGKAT ZAMAN SEHINGGA HARI KIAMAT
- Brand: Hijjaz Records Publishing
- Product Code: HR60
- Reward Points: 30
- Availability: Out Of Stock
Bermula dengan menceritakan umur dunia dan umur manusia di atas
muka bumi ini, penulis mengajak para pembaca merenung beberapa peringkat zaman
yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Baginda membahagikan zaman di
dunia ini kepada lima peringkat;
-Zaman Kenabian (Minhaj Nubuwwah)
-Zaman Khalifah (Khalifah Al-Rasyidin)
-Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Mulkan Adhan)
-Zaman Pemerintahan Kuku Besi (Mulkan Jabariyan
-Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian (Khalifah
al-Minhaj Nubuwwah).
Penulis mengajak para pemaca dan umat Islam untuk melihat pada
ZAMAN DI MANA KITA SEDANG BERADA.
Kini,kita memasuki Zaman Mulkan Jabariyan iaitu zaman pemerintahan diktator atau kuku besi. Walaupun zaman ini dibayangkan sebagai zaman akhir dan telah hampir dengan kiamat, tetapi kita masih belum nampak tanda-tanda jelas akan bukti-bukti kebenaran pada peringkat zaman yang dijanjikan iaitu zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut zaman Nubuwwah. Untuk mengetahui tentang peringkat zaman dengan lebih lanjut anda perlu memiliki dan membaca buku ini. Selain memaparkan peringkat-peringkat zaman, ia juga mengandungi panduan-panduan untuk menjadi insan yang selamat di dunia dan akhirat.
TAJUK: MEMBONGKAR RAHSIA
HADITH – PERINGKAT ZAMAN SEHINGGA HARI KIAMAT
ISBN: 9789672278054
PENGARANG: ABU MUHAMMAD ARAFAH
ADHA
PENERBIT: HIJJAZ RECORDS
PUBLISHING
MUKA SURAT: 382MS (BERWARNA)
TAHUN TERBITAN: 2019
BERAT PENGHANTARAN: 1KG