MEMBONGKAR RIWAYAT 50 ILMUWAN ISLAM TERSOHOR
- Brand: Hijjaz Records Publishing
- Product Code: HR62
- Reward Points: 30
- Availability: In Stock
Sesungguhnya,
jika hadiah Nobel telah mula diperkenalkan sejak abad ke-9 lagi, tidak syak
lagi bahawa penerima anugerah tersebut bermula daripada abada ke-9 hinggalah
abad ke-15, semuanya akan dibolot oleh cerdik pandai Islam!
Pelbagai
ikon menjadi pujaan dan sebutan dalam kalangan generasi muda serta anak-anak
remaja kini. Ada antara mereka termasuklah para artis dan selebriti baik di
peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Namun kurang sekali
antara kita khususnya umat Islam mengambil tahu akan tokoh-tokoh ilmuwan Islam
yang banyak menyumbang jasa dalam membawa agama Allah ini.
Sejak abad ke-8 hinggalah abad ke-15, sejarah ketamadunan Islam telah berjaya mewarnai sisi peradaban Islam dengan penuh kegemilangan yang amat mengagumkan. Sepanjang tempoh lebih daripada 700 tahun, telah menyaksikan kelahiran ratusan bahkan ribuan ilmuwan Islam yang cemerlang, yang telah berjaya membuka mata para cerdik pandai Barat tentang kegemilangan cerdik pandai Islam terdahulu serta betapa besarnya sumbangan mereka terhadap perkembangan ilmu moden serta pencapaian sains teknologi sekarang. Sebagai menjunjung tinggi ketinggian ilmu serta dengan mengambil ibrah daripada turunnya wahyu pertama yang bermula dengan kalimah Iqra’ atau bermaksud ‘Bacalah’; buku ini ditulis.
TAJUK: MEMBONGKAR
RIWAYAT ILMUWAN ISLAM TERSOHOR
ISBN: 9789672278092
PENGARANG: SHAFIE
ABDUL RAHMAN
PENERBIT: HIJJAZ RECORDS
PUBLISHING
MUKA SURAT: 505MS (BERWARNA)
TAHUN TERBITAN: 2019
BERAT PENGHANTARAN: 1KG